fbpx

Petanque jadi penyelamat maruah Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD petanque meraih satu-satunya pingat emas buat kontinjen negara pada saingan hari keempat AUG 2024 menerusi acara triple campuran.

SURABAYA – Skuad petanque negara menjadi penyelamat maruah negara pada hari keempat saingan Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 apabila merangkul pingat emas menerusi acara triple campuran.

Pada aksi final yang berlangsung di Gelanggang Petanque Universitas Negeri Surabaya (Unesa) di sini, hari ini, pasukan negara yang dibarisi Nur Asyikin Roslan, Sharifah Afiqah Farzana Syed Ali dan Mohamad Muqri Mohamad Sapiny menang 15-5 ke atas Thailand.

Pingat emas yang diraih itu pastinya memberi kelegaan buat skuad petanque memandangkan ini merupakan emas pertama yang disumbangkan kepada kontinjen Malaysia pada edisi kali ini.

“Alhamdulillah atas berkat doa dan sokongan semua pihak termasuk pengurusan, KPT (Kemeterian Pendidikan Tinggi). Terima kasih kepada semua pihak kerana sudah membantu kami memenangi perlawanan akhir hari ini,” kata Muqri selepas penyampaian pingat.

Dalam aksi berasingan, sukan judo yang menutup gelanggang hari ini menyaksikan pasukan negara sekadar meraih pingat perak acara berpasukan campuran selepas muncul sebagai pasukan kedua terbaik dalam saingan yang menggunakan format round robin itu.

Dalam pada itu, aksi di Kolam Renang KONI Jawa Timur Universitas Airlangga juga gagal menjelmakan pingat emas buat kontinjen Malaysia apabila hanya meraih tiga pingat perak dan tiga gangsa.

Skuad renang negara meraih tiga perak menerusi acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki (Terence Ng), 200m rampaian individu lelaki (Hii Puong Wei) dan 4x100m gaya bebas lelaki (Terence, Bryan Leong, Ng Tze Xiang, Tan Khai Xin).

Sementara itu, gangsa disumbangkan Khai Xin (200m gaya bebas lelaki), Puong Wei (100m kuak dada lelaki) dan Christy Teh (200m rampaian individu wanita). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI