BANGKOK – Sekumpulan pencuri melarikan meter air dari sebuah rumah di Phuket, Thailand, lapor portal berita Thaiger kelmarin.
Tindakan pencuri itu menyebabkan rumah tersebut dibanjiri air yang bocor akibat meter air tersebut dilarikan mereka.
Anggota-anggota polis tiba di lokasi kejadian selepas dimaklumkan tentang kecurian itu pada waktu malam, Khamis lepas.
Setiba di lokasi kejadian, mereka mendapati pemilik rumah sedang melakukan kerja bagi mengeluarkan air dari kediamannya akibat meter air ditanggalkan oleh pencuri.
Kejadian itu menyebabkan penduduk setempat bimbang perbuatan serupa akan berulang pada masa depan. – AGENSI