fbpx

20 tahun guna bom tangan disangka tukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOM tangan yang disangka penukul di Hubei. - Foto GMW.cn

BEIJING  – Seorang nenek menggunakan bom tangan sebagai penukul selama 20 tahun, lapor portal berita Must Share News kelmarin.

Nenek yang kini berusia 90 tahun itu  menemui bom tangan tersebut ketika bekerja di kebunnya di Hubei, China.

Wanita itu menyangka bom tangan tersebut ialah sebuah penukul berdasarkan reka bentuknya .

Bagaimanapun,  pada 23 Jun lalu, pekerja-pekerja  yang ditugaskan untuk merobohkan rumahnya menemui bom tangan yang telah digunakan nenek tersebut sebagai alat penukul.

Mereka  kemudian menghubungi pihak berkuasa, menyebabkan unit pemusnah bom dihantar ke lokasi kejadian.

Menurut akhbar Dazhong Daily, bom tangan itu adalah  jenis Type 67.

Terdapat spekulasi di internet  bahawa bom tangan itu mungkin digunakan untuk tujuan latihan dan tidak mengandungi bahan letupan.

Namun, apa yang penting ialah nenek itu selamat dan tidak menjadi korban bom tangan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI