JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan seorang lelaki yang mengamuk selepas motosikalnya disita oleh polis, lapor akhbar Sindonews semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Facebook oleh akaun @DelwBenzi, lelaki itu dilihat mengamuk ketika pihak bertugas membawa motosikalnya di balai polis.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila dia juga hampir bertindak membakar motosikal yang disita itu.
Difahamkan, penunggang terbabit melanggar peraturan lalu lintas dengan tidak memakai topi keledar ketika berada di jalan raya.
Kejadian dilaporkan berlaku di Teluk Dalam, wilayah Sumatera Utara pada Khamis lalu.
Tindakan penunggang tersebut mengundang perhatian ramai. – AGENSI