GEORGE TOWN – Parti yang membentuk gabungan Kerajaan Perpaduan akan mengadakan perbincangan mengenai soal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Itu mereka akan bincang dulu (soal calon PRK DUN Nenggiri),” katanya ringkas selepas merasmikan Menara Hasil Pulau Pinang, di sini hari ini.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE