fbpx

Ingat kerja ‘gomen’ jaga kaunter saja ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – ‘Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kesian yang kerja sungguh-sungguh dalam menjalankan tugas.’

Demikian perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi semasa selepas berlegar-legarnya pendedahan tentang perangai buruk pekerja di sektor kerajaan melalui media sosial X.

Menerusi pendedahan tersebut, pekerja di sektor kerajaan didakwa mempunyai ‘keistimewaan’ tersendiri dan ‘tidak boleh disentuh’ apabila dilihat seakan-akan culas dan sambil lewa dalam melakukan tugasan tapi masih ‘diberi muka’.

“Suka-suka ambil ;EL’ (cuti kecemasan), suka-suka ‘MC’ (cuti sakit), suka-suka buat potluck, suka-suka baca Yasin, suka-suka hilang dari pejabat, suka-suka sembahyang dhuha dan suka-suka bawa anak datang pejabat.

“Suka-suka pakai jubah pergi kerja, suka-suka ‘sat-sat’ pergi minum, suka-suka ‘interpret’ pekeliling ikut tekak sendiri, suka-suka curi masa kerja untuk beribadah dan suka-suka aniaya staf dengan bagi markah prestasi rendah kerana staf tidak tahu bodek bos,” dakwanya.

Namun begitu, bukan semua pekerja kerajaan berperangai sebegitu, masih ada yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan sebagai seorang pekerja.

“Beria kerja, balik lambat datang hari cuti untuk siapkan kerja, balik-balik komen hinaan macam ni juga yang diterima. Tak habis-habis isukan kaunter ibarat kerja ‘gomen’ (kerajaan) ni pakat semua jaga kaunter ‘takde’ kerja lain, takde admin, takde processing,” keluh seorang pekerja kerajaan.

“Selama 23 tahun dalam kerajaan, setakat ini komited dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas, insya-Allah. Perit lah untuk telan dan hadap komen-komen negatif tu, sebab ada juga kelompok sebegitu malah sebab mereka, kami yang pulun kerja ni terpalit sekali,” luah pekerja lain.

“Saya kerja sampai sakit pinggang, Nak ambil MC pun fikri kerja, kerja betul-betul. Datang awal, balik lambat. Kadang-kadang ‘cover’ orang lain, tapi kita pun terpalit sekali,” ujar pekerja kerajaan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI