HANOI – Harga petrol RON95 meningkat 2.45 peratus kepada 23,016 dong (RM4.26) untuk 1 liter di Vietnam kelmarin dalam kenaikan kali ketiga pada bulan ini, lapor portal berita VnExpress.
Peningkatan harga sebanyak 2.45 peratus itu turut berlaku untuk minyak biofuel yang dijual pada harga 23,010 dong (RM4.25) setiap liter
Harga diesel juga meningkat sebanyak 1.57 peratus kepada 20,680 dong (RM3.83) untuk 1 liter.
Dalam tempoh tujuh hari lalu, harga bahan api terjejas oleh ketegangan yang meningkat di Asia Barat, peningkatan inventori di Amerika Syarikat dan konflik ketenteraan yang berterusan antara Russia dengan Ukraine, demikian menurut pihak berkuasa tempatan.
Harga RON95 kelmarin di pasaran antarabangsa adalah sekitar 2.43 juta dong (RM449) setong dan diesel pula 2.56 juta dong(RM472) setong.
Dalam pada itu, Kementerian Perindustrian dan Perdagangan bersama Kementerian Kewangan Vietnam memutuskan untuk tidak menggunakan dana penstabilan harga petrol berikutan kenaikan harga tersebut. – AGENSI