fbpx

PRK Sungai Bakap: Abang Abidin selesai santuni 50 peratus pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abidin (kanan) sudah menyantuni kira-kira 50 peratus pengundi di DUN Sungai Bakap.

SEBERANG PERAI – Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail sudah bertemu kira-kira 50 peratus pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang memasuki hari ketujuh, hari ini.

Menurutnya, beliau selesa bersemuka menyantuni pengundi malah sambutan yang diterima amat positif setakat ini.

“Selain itu, jentera semua komponen parti PN pula sudah mendekati lebih 80 peratus pengundi di kawasan putih dan kelabu. Kita percaya jumlah ini akan dapat ditingkatkan atau diselesaikan sebelum tiba hari mengundi,” katanya kepada pemberita di Ceramah Perdana Perikatan Nasional Pilihan Raya Kecil N.20 Sungai Bakap Unit Daerah Mengundi (UDM) Puteri Gunung 2 di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata isu kos sara hidup selain kenaikan tarif air menjadi dua kegusaran utama yang dilontarkan penduduk setempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI