fbpx

Piala FA: TFC gah belasah Sabah 4-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang TFC, Ismaheel (kiri) meraikan kemenangan 4-0 terhadap Sabah dalam aksi pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) membawa bekalan selesa ke Likas minggu depan selepas berjaya membenam Sabah 4-0 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Skuad Sang Penyu membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan bermula gerakan Ismaheel Akinade sebelum Manuet Ott menyudahkan gerakan satu dua bersama ketua pasukan, Safawi Rasid.

Menuju tamat separuh masa, TFC melebarkan kedudukan selepas Akinade mudah menolak masuk bola hasil kerja keras Ott yang melakukan larian solo ke dalam kotak penalti minit ke-37.

Kedudukan menjadi 3-0 buat skuad Penyu hasil sepakan padu Marin Pilj minit ke-42 setelah pemain Sabah gagal mengeluarkan dengan cermat bola hantaran lintang Azam Azmi Murad.

Memasuki minit ketiga masa tambahan, Akinade mencetak gol kedua peribadi dan keempat TFC selepas melencongkan bola ke penjuru kiri Khairul Fahmi Che Mat untuk selesa memimpin permainan.

Kedudukan 4-0 berpihak TFC kekal sehingga tamat sekaligus meletakkan skuad Penyu sebelah kaki ke separuh akhir Piala FA menjelang aksi timbal balik di Stadium Likas pada minggu depan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI