fbpx

PM tanam pokok pertama rasmi kempen 100 juta pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar (kiri) melihat benih pokok herba pada Majlis Pra Pelancaran Program Penghijauan Malaysia Kempen Penamaan 100 Juta Pokok di Wisma Sumber Asli, Putrajaya di sini, hari ini. Foto - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menanam pokok pertama bersempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara mulai awal tahun depan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, acara julung kali itu akan diadakan di pekarangan kediaman rasmi Seri Perdana di sini pada 5 Januari ini.

“Dalam majlis itu, beliau sendiri akan menanam pokok kebangsaan iaitu merbau serta secara serentak dengan semua menteri besar dan ketua menteri di negeri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pra-Pelancaran Program Penghijauan Malaysia dan logo Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 di sini hari ini.

Kempen yang bertemakan ‘Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita’ itu menyasarkan sejumlah 100 juta batang pokok kayu dan berdaun hijau ditanam dalam tempoh lima tahun.  -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI