fbpx

Murid diajar untuk patuhi SOP, amalkan norma baharu di rumah sebelum ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Empat yang baru memulakan persekolahan di SK Meru Raya, Ipoh hari ini diberi penerangan mengenai pematuhan SOP dan amalam norma baharu sebelum sesi persekolahan bermula.

Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR

IPOH – Murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya telah diajar untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan sosial, pemaiakan pelitup muka dan kerap membasuh tangan sejak di rumah lagi sebelum mereka kembali semula ke sekolah hari ini.

Guru Besar SK Meru Raya, Norhisham Abd Shukor berkata, amalan pematuhan SOP tersebut mula dapat dilihat apabila bermulanya sesi persekolahan hari ini melibatkan murid Tahun Satu hingga Tahun Empat.

“Antara langkah persediaan yang kita ambil dalam pematuhan SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekolah ketika ini adalah dengan memaklumkan kepada ibu bapa agar mereka mengajar anak-anak di rumah terlebih dahulu.

“Apabila mereka datang ke sekolah pada hari ini, kita sekali lagi memberi penerangan kepada murid-murid terutamanya mengenai bahaya wabak koronavirus (Covid-19) serta langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya diamalkan,” katanya ketika ditemui pemberita di SK Meru Raya hari ini.

Tambah Norhisham, pihak sekolah turut menampal poster dan gegantung untuk panduan murid serta menyediakan panduan penunjuk arah agar segala SOP dapat dipatuhi dengan jayanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Meru Raya, Dr. Mohamad Tazli Azizan berkata, pihaknya juga telah memberikan maklumat mengenai pematuhan SOP dan pengamalan norma baharu melalui aplikasi Telegram kepada ibu bapa.

“Pihak PIBG juga hari ini telah mengedarkan sebanyak 300 pek yang mengandungi cecair sanitasi tangan dan pelitup muka kepada murid-murid.

“Selain itu, kita juga telah menyediakan khemah dan memanggil beberapa anggota Jabatan Sukarelawan agar dapat membantu pihak sekolah melancarkan lagi perjalanan persekolahan yang melibatkan lebih 700 murid setiap hari,” katanya.

Di Perak, seramai 130,713 murid Tahun Satu hingga Tahun Empat dijangka hadir ke sekolah masing-masing melibatkan 852 buah sekolah rendah. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI