fbpx

Guna unsur ‘soft porn’ promosi produk, nama Neelofa memanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nama Neelofa kembali menjadi bualan ramai disebabkan promosi produk syarikat yang diusahakannya.

PETALING JAYA – Nama usahawan selebriti Neelofa kembali menjadi bualan ramai apabila syarikat miliknya menggunakan imej berbaur lucah atau ‘soft porn’ bagi mempromosikan produk yang boleh mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagram produk tersebut iaitu @nilofagroup, imej buah pic yang digunakan seakan-akan menyerupai alat sulit wanita.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengecam teknik pemasaran sebegitu yang dianggap tidak sensitif kerana menggunakan mesej ‘double meaning’.

Bukan itu sahaja, penggunaan imej sebegitu dalam bahan promosi juga dikatakan tidak bersesuai dengan imej Neelofa sebagai wanita berpurdah dan sudah bergelar hajah.

Tangkap layar bahan promosi produk syarikat dimiliki Neelofa. – INSTAGRAM

“Kenapa guna gambar begini? Malu nak tengok dan boleh guna pendekatan lain. Neelofa sebagai peniaga Muslimah sepatutnya lebih sensitif.

“Jijik dan tak sesuai dengan penampilan Neelofa. Tidak ada rasa malu ke?” selar netizen.

Sekadar info, isteri kepada pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz telah melancarkan produk keintiman untuk hubungan suami dan isteri September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI