IPOH – Seramai 11 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing dicekup Jabatan Imigresen (JIM) Perak ketika bersembunyi dalam sebuah bilik rahsia dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini semalam.
Serbuan Op Gegar bermula pukul 11.30 malam itu dijalankan anggota Bahagian Penguatkuasa selepas menerima aduan dan risikan dijalanakn di premis tersebut.
Pengarah JIM Perak, Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata, dalam operasi selama dua jam itu, seramai 32 warga asing yang berada di dalam premis telah diperiksa dan 11 wanita daripadanya dipercayai GRO dijumpai bersembunyi dalam sebuah bilik rahsia.
“Kesemua GRO itu terdiri daripada sembilan warga Thailand dan dua wanita warga China berusia antara 21 hingga 37 tahun.
“Mereka ditahan kerana dipercayai dengan munasabah telahmelakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, kesemua warga asing tersebut ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuansiasatan dan tindakan lanjut mengikut proses undang-undang. – KOSMO! ONLINE