fbpx

Kempen ‘My30 Plus30 – Beli 1, Percuma 1’ terima sambutan menggalakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pembeli sedang membuat imbasan Kod QR untuk urusan penebusan pas percuma My30.

PETALING JAYA – Seramai 1,400 orang sudah berdaftar bagi kempen ‘My30 Plus30 – Beli 1, Percuma 1’ bagi rangkaian pengangkutan awam Rapid KL yang bermula semalam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), kempen tersebut terhad kepada 8,333 pengguna sahaja dan akan berlangsung sehingga 31 Mac tahun depan untuk mempromosi pas perjalanan tanpa had My30 bagi merangsang aktiviti pelancongan domestik.

“Para pengguna perkhidmatan tren dan bas Rapid KL akan diberi satu baucar pas percuma My30 bagi setiap pembelian pas tersebut dan boleh digunakan untuk pembaharuan pada bulan berikutnya.

“Promosi ini terhad kepada seorang pengguna dan sekali penebusan sahaja manakala tempoh penebusan untuk pas percuma adalah antara 15 Januari dan 31 Mac 2021,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, pembelian pas My30 boleh dibuat di kaunter-kaunter khidmat pelanggan di stesen-stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel dan Transit Bas Laju (BRT) serta lapan hab bas terpilih.

Tambahnya, Kempen ‘My30 Plus30 – Beli 1, Percuma 1’ ini adalah antara inisiatif yang diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada 23 November lepas sebagai pelan pemulihan pelancongan domestik yang bakal diterajui oleh Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI