fbpx

Dua gajah berkeliaran, ganggu penduduk Dabong ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua ekor gajah jantan ditangkap selepas berkeliaran dan mengganggu penduduk di Kampung Lepan Anjung, Dabong dekat Kuala Krai kelmarin. Foto IHSAN PERHILITAN.

KUALA KRAI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap dua daripada empat ekor gajah liar yang berkeliaran dan mengganggu penduduk di Kampung Lepan Anjung, Dabong di sini kelmarin.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, dua ekor gajah liar jantan itu ditangkap kira-kira pukul 10 pagi dan 12 tengah hari dengan menggunakan ubat pelali.

Menurutnya, sebelum ini, empat anggota Perhilitan Kuala Krai melakukan tindakan pemantauan dan kawalan di kawasan itu selepas menerima aduan penduduk pada 20 Jun lalu.

“Dua ekor gajah yang ditangkap menggunakan ubat pelali berada dalam keadaan sihat dan stabil selepas pemantauan dan pemerhatian dijalankan.

“Pemindahan kedua-dua ekor gajah itu ke lokasi bersesuaian, selamat dan jauh dari penempatan penduduk akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohamad Hafid, kumpulan gajah liar itu adalah dipercayai keluar dari Hutan Simpan Gunong Stong Utara yang berada berdekatan dengan kampung tersebut.

Beliau menegaskan, tangkapan dan pemindahan gajah bukan penyelesaian jangka masa panjang memandangkan kampung tersebut berada berhampiran dengan kawasan hutan yang merupakan habitat asal hidupan liar berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI