fbpx

Syarikat pengendali pelancongan diberi kelonggaran syarat 1 Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersetuju memberi tiga kelonggaran syarat kepada syarikat pengendali pelancongan berlesen berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

MOTAC menerusi satu kenyataan berkata, kelonggaran itu akan dikuat kuasa di bawah Seksyen 4, Akta 482 dan Peraturan-Peraturan bertanggungjawab bagi penyeliaan am ke atas segala perkara yang berhubung Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Kenyataan itu berkata, kelonggaran syarat itu termasuklah perlanjutan kelonggaran dari segi keluasan premis bagi syarikat pengendali pelancongan yang telah berlesen dari 1 Januari sehingga 30 Jun 2021.

“Selain itu, kelonggaran syarat juga termasuk perlanjutan kebenaran untuk menjalankan perniagaan lain dalam premis syarikat pengendali pelancongan dari 1 Januari sehingga 30 Jun 2021.

“Seterusnya adalah perlanjutan tempoh penyewaan premis perniagaan secara ‘co-share office space’ sehingga 30 Jun 2021,” jelas kenyataan itu.

MOTAC berkata, kelonggaran itu dijangka akan memberi manfaat kepada 6,894 pengusaha pelancongan berlesen yang menjalankan perniagaan agensi pengembaraan.

“Justeru, kementerian berharap kelonggaran yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan masalah yang dihadapi oleh syarikat pengusahaan pelancongan yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI