fbpx

Redza, Bella belum terfikir timang cahaya mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REDZA Rosli dan Bella Hanna bermesra dengan pelajar pada program CSR School Activation di SMK Ayer Keroh, Melaka. - AMRAN MULUP/KOSMO!

MELAKA – Seminggu selepas bergelar suami, pelakon, Redza Rosli atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 32, belum terfikir untuk menimang cahaya mata berikutan kesibukannya menerima banyak tawaran berlakon.

Redza berkata, fokus utamanya adalah meneruskan karier memandangkan kini dia mempunyai jadual amat ketat selepas selesai majlis pernikahan dengan aktres dan hos Hlive!, Bella Hanna atau Farhana Nabila Rosman, 28, pada 21 Jun lalu.

“Soal cahaya mata, itu semua saya serah pada Allah tentukan, bila tiba masanya. Buat masa ini saya fokus pada karier saya sebagai seorang pelakon.

“Saya belum terfikir soal cahaya mata kerana selepas majlis pernikahan, jadual saya sangat padat. Banyak benda yang perlu saya utamakan.

“Minggu depan saya sibuk dengan sebuah drama adaptasi novel yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Setakat ini masih belum ada perbincangan apa-apa dan saya akan update (kemaskini) di media sosial saya,” katanya.

Redza ditemui bersama isterinya pada program khidmat masyarakat (CSR) School Activation bersempena Sambutan Ulang Tahun TV3 Ke-40 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Redza, kehadiran Bella dalam hidupnya amat bermakna kerana isterinya akan menemaninya ke mana sahaja, termasuk ketika menjalani penggambaran drama atau filem.

Katanya, sejak menjadi anak seni, dia tidak pernah mempunyai pengurus atau pembantu peribadi sebaliknya hanya bergerak secara solo.

“Sejak menjadi pelakon saya bergerak secara solo kerana semua urusan saya uruskan sendiri. Alhamdulillah bila sudah bergelar suami saya ajak Bella untuk bersama saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI