fbpx

Penyu ‘jijik’ mendarat di Pantai Pandak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian sampah yang memenuhi Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Keindahan Pantai Pandak, Chende­ring di sini, yang merupakan antara pantai peranginan terke­nal di bandar raya ini dicemari dengan sampah-sarap yang menjejaskan keselesaan pengunjung.

Tinjauan Kosmo! mendapati, terlalu banyak sampah-sarap seperti botol dan beg plastik serta sisa kayu di sepanjang pesisir pantai berkenaan.

Seorang pengunjung, Mohd. Razlan Abdul Wahid, 45, berkata, dia tidak selesa dengan pemandangan pantai itu yang dirosakkan dengan timbunan sampah.

“Mungkin sebahagiannya dihanyutkan dari laut tetapi saya pasti sebahagian pula dibuang oleh pengunjung lain yang kurang kesedaran sivik. Ia amat dikesalkan,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Suraya Roslan, 32, pula berkata, persekitaran yang kotor itu menjejaskan imej Pantai Pandak sebagai lokasi peranginan tum­puan.

“Saya bimbang penyu akan menghindari Pantai Pandak kerana ia tidak suka bertelur di kawasan pantai yang kotor,” katanya.

Sehubungan itu, Suraya berharap pihak bertanggungjawab ambil cakna meningkatkan kebersihan Pantai Pandak agar keceriaannya segera dikembalikan dan mencadangkan lebih banyak tong sampah disediakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI