fbpx

Pokok gergasi 700 tahun subur di tanah kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 21 orang dewasa berdiri di keliling pokok kekabu tersebut. – TikTok

JAKARTA –  Sebatang pokok kekabu gergasi hidup subur dan megah di sebuah kawasan perkuburan di Jogjakarta meskipun usianya dipercayai mencecah  700 tahun, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan di platform TikTok, saiz pokok tersebut amat besar sehingga memerlukan 21 orang dewasa berdiri di kelilingnya sambil mendepakan tangan mereka.

“Pokok kekabu gergasi di Jogjakarta ini sangat besar dan memerlukan 21 orang dewasa untuk mendepakan tangan (di sekelilingnya). Ia berusia kira-kira 700 tahun,” demikian menurut  keterangan video tersebut.

Tambahnya, pohon tersebut dikelilingi oleh berpuluh-puluh kubur, manakala ketinggiannya diibaratkan mampu menaungi seluruh kubur di situ.

Meskipun berusia hampir 1,000 tahun, pokok kekabu itu dikatakan masih kukuh dan tidak mengalami kerosakan.

Menurut laman lindungihutan.com, pokok kekabu adalah tanaman yang berasal dari rantau tropika benua Amerika sebelum dibawa ke Afrika dan Asia.

Selain Indonesia, negara Asia Tenggara yang menjadi habitat tumbuhan itu ialah Filipina, Thailand dan Malaysia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI