fbpx

Nanas sebagai buah kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PONTIAN – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia ( LPNM ) berhasrat menjadikan buah nanas sebagai buah kebangsaan sepertimana bunga raya sebagai bunga kebangsaan.

Pengerusinya Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, cadangan mengenai perkara tersebut sedang diperhalusi oleh LPNM, bagaimanapun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.

Menurut beliau, nanas bukan sahaja dilihat dari segi nilai ekonomi, tetapi karakteristik nanas itu sendiri juga boleh diangkat sebagai buah kebangsaan suatu hari nanti.

Katanya, cadangan perkara tersebut akan diserahkan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu untuk dibawa ke Kabinet.

“Perkara ini sebagai cadangan awal dan pihak Lembaga akan mengusulkan supaya buah nanas dapat dijadikan buah kebangsaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Nanas Malaysia 2024 di Taman Agroteknologi Nanas Alor Bukit, Pekan Nanas, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI