JAKARTA – Selebriti media sosial Indonesia, Anya Geraldine, 25, secara tidak sengaja mendedahkan nama sebenarnya kepada peminat, baru-baru ini.
Pendedahan nama itu dibuat menerusi kemas kini di Instagram apabila dia menayangkan Surat Izin Mengemudi atau lesen memandunya yang baharu.
Menerusi foto itu, terpapar jelas nama sebenar wanita itu adalah Nur Amalina Hayati, lapor portal Suara.com, semalam.
“Kenapa nama Anya jadi Nur Amalina Hayati?,” soal seorang netizen.
“Itu nama sebenarnya. Nama komersial ialah Anya,” jawab seorang lagi di ruang komen.
Ternyata masih ada peminat selebriti ini yang tidak tahu nama sebenar bintang pujaan mereka. – Agensi