fbpx

Polis syor akaun amanah dikawal peguam, anak guam elak ketirisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik ulasan Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (Hartaguam) yang mencadangkan agar klien menyemak latar belakang sebelum melantik seseorang peguam hartanah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ulasan Hartaguam itu kena pada masa dan keadaannya memandangkan terdapat klien yang kerugian jutaan ringgit hasil dari kepercayaan yang diberikan kepada peguam yang rakus.

“Namun, isu paling terkedepan yang ingin diangkat oleh JSJK adalah mengenai keperluan akaun amanah dikawal oleh kedua-dua peguam dan anak guamnya.

“Hanya melalui kaedah ini jenayah pecah amanah oleh peguam ini dapat dihapuskan sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Ramli, ia adalah mesej penting yang ingin disampaikan oleh JSJK kepada Majlis Peguam untuk menangani isu penipuan pelanggan kepada peguam dalam soal hartanah.

Menurut beliau, ia bukan satu cadangan yang sangat merumitkan sebaliknya memudahkan semua pihak yang berurusan transaksi kewangan melalui peguam.

“Jika ada apa-apa sebab yang tidak diketahui oleh masyarakat mengenai akaun amanah hanya boleh diuruskan oleh firma guaman dan tidak bersifat dua pihak, maka perkara itu perlu diperjelaskan untuk kefahaman masyarakat.

“Jika tindakan ini tidak dilakukan, maka masyarakat akan membuat pelbagai tanggapan termasuklah tidak terhad kepada hal bahawa peguam menggunakan wang anakguam untuk perniagaan, untuk pelaburan di institusi kewangan, malah untuk tujuan pengubahan wang haram.

“Justeru, hanya ketelusan yang dapat mengelakkan apa-apa persepsi negatif terhadap institusi mulia guaman,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI