fbpx

Alam barzakh, kubur kuliah terakhir imam sebelum meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang jemaah menunjukkan tempat Allahyarham Ismail memberi kuliah terakhir sebelum meninggal dunia di Masjid Al Falah, Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang semalam.

KUALA NERANG – Seorang imam rebah sebelum meninggal dunia ketika memberi kuliah agama selepas solat maghrib di Masjid Al Falah, Kampung Bukit Nambua, di sini semalam.

Menurut anak imam tersebut, Muhammad Faiz Helmi, 32, ketika kejadian pada pukul 8.30 malam itu, Allahyarham Ismail Md Taib, 75, sedang memberikan kuliah bertajuk alam barzakh dan kubur kepada jemaah yang hadir di masjid berkenaan.

“Kejadian berlaku ketika arwah sedang mengajar tentang tertib dan adab ziarah kubur. Sewaktu mengajar tentang bacaan salam yang patut dibaca, arwah yang duduk tiba-tiba rebah.

“Saya dan ahli jemaah lain bergegas ke situ dan mendapati arwah sudah tidak bernyawa lalu membawanya ke Hospital Kuala Nerang. Doktor kemudian mengesahkan ayah meninggal dunia di situ,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Al Falah, di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham Ismail dikebumikan di masjid berkenaan pada pukul 11 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI