fbpx

KPDN tumpas sindiket pindah gas LPG di Sungai Pelek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang disita oleh KPDN Selangor dalam Ops Tiris 3.0 di Sungai Pelek, semalam.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor berjaya menumpaskan sindiket disyaki terbabit dalam aktiviti memindahkan gas LPG di sebuah stor haram di ladang kelapa sawit sekitar Sungai Pelek, Sepang semalam.

Ketua Sektor Operasi Seksyen Penguatkuasaan KPDN Selangor, Mohd. Shahran Mohd. Arshad berkata, melalui Ops Tiris 3.0 yang dijalankan itu turut menahan lima lelaki termasuk tiga warga Myanmar berusia 35 hingga 45 tahun.

Katanya, serbuan dilakukan oleh tujuh anggota itu adalah hasil risikan dan pemerhatian selama dua minggu oleh pasukan risik.

“Risikan dijalankan dua minggu ini mendapati ada perlakuan arau aktiviti daripada kumpulan sindiket yang beroperasi di stor haram melibatkan aktiviti decanting LPG demi mengaut keuntungan daripada harga subsidi.

“Berdasarkan maklumat awal risikan, dipercayai wujudnya hubungan urus niaga yang meragukan di antara stor haram dengan premis pemborong gas yang berada di sekitar atau berdekatan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas pemborong tersebut dilaksanakan dan pasukan serbuan telah mengeluarkan notis arahan pengisytiharan stok kepada pemilik premis pemborong tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Shahran berkata, pihaknya turut merampas merampas sebuah lori lima tan, 38 tong gas LPG bersaiz 14 kilogram (kg), 98 tong gas LPG bersaiz 50 kg serta 118 tong gas LPG bersaiz 12 kg.

“Sitaan ke atas peralatan perakam kamera litar tertutup turut dibuat bagi tujuan tujuan siasatan lanjut.

“Anggaran keseluruhan LPG ini adalah sebanyak 2,400 kg dengan anggaran nilai rampasan sejumlah RM7,680. Keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM100,000,” ujarnya.

Jelasnya, suspek warga tempatan direman dua hari, manakala warga asing direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI