fbpx

Niat mahu buat tatu, tapi diliwat pelukis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik malang apabila menjadi mangsa liwat pelukis tatu ketika mendapatkan khidmatnya dalam kejadian di sebuah premis, di sini, semalam.

Kejadian berlaku apabila mangsa berusia 24 tahun datang ke kedai terbabit untuk melukis tatu di badannya sekitar pukul 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa pada mulanya ingin mendapatkan perkhidmatan membuat tatu.

Jelasnya, semasa suspek mula melukis bunga di tangan kanan, lelaki itu turut menyapu minyak menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang terjadi.

“Selepas itu, mangsa tersedar dan mendapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian.

“Mangsa kemudiannya terus keluar dari premis dan berasa amat sakit di bahagian dubur serta mengesyaki lelaki itu meliwatnya.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis sebelum menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut beliau, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI