fbpx

Kapal terkandas mirip insiden Terusan Suez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL Baltic Arrow terkandas dalam keadaan melintang di Sungai Nene kelmarin. - Drone People/Bav Media

LONDON – Sebuah kapal kargo sepanjang 80 meter yang membawa muatan kayu balak terkandas dalam keadaan melintang di sebatang sungai di Cambridgeshire, Britain, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Kapal Baltic Arrow merintangi Sungai Nene sekali gus menghalang laluan ketika ia menuju ke Wisbech kira-kira pukul 9 pagi (waktu tempatan).

Kapal yang dibina pada 2002 itu belayar dari Riga, Latvia ke pelabuhan Wisbech dengan membawa enam kru dan dua individu yang mengendalikan pelayaran tersebut.

Jurucakap pelabuhan Wisbech berkata, kejadian itu adalah situasi yang jarang berlaku tetapi pihaknya akan menunggu sehingga kapal tersebut terapung ketika air pasang untuk menyelamatkannya.

Kejadian itu mengingatkan orang ramai kepada insiden sebuah kapal terkandas dalam posisi serupa di Terusan Suez, Mesir pada 2021 sehingga mengakibatkan gangguan pada laluan perkapalan global. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI