fbpx

Gangguan bekalan elektrik, LRT Alam Megah – USJ 21 kembali aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di LRT Kelana Jaya sewaktu gangguan bekalan elektrik seketika petang tadi.

PETALING JAYA – Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya di Alam Megah – USJ 21 kembali aktif selepas mengalami gangguan bekalan elektrik petang ini.

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam laman sesawangnya memaklumkan kekerapan tren telah dikawal dan perkhidmatan beroperasi seperti biasa.

“Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, gangguan bekalan elektrik itu menyebabkan tren tidak dapat bergerak antara Stesen Alam Megah ke USJ 21.

Tinjauan di media sosial mendapati, perkara tersebut menyebabkan penumpang panik dan tertanya-tanya mengapa tren di laluan berkenaan tidak bergerak terutama sekali ketika waktu kemuncak.

“Apa kena dengan laluan Kelana Jaya ya?,” kata Jazril.

“Kenapa tren laluan Kelana Jaya dari Putra Heights tak gerak lagi ya? Dah lebih dari 10 minit tak gerak,” soal Zombie.

“LRT Kajang perlu menunggu selama enam minit pada waktu puncak dan tren begitu sesak,” keluh Shirley. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI