fbpx

K2

Rasai aneka roti Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROLLER menunjukkan aneka sajian berasaskan roti Jerman yang ditawarkan di Der Backmeister, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. – Saddam Yusoff

KEPINGAN pelbagai jenis roti segar dipotong nipis, sebelum disusun bersama telur mata, meatloaf, salad, sos jerman dan mustard.

Biarpun kelihatan seperti sajian sarapan biasa, namun makanan bernama Leberkäs Mit Spiegelei (sunny meatloaf) itu sungguh unik.

Hal ini kerana, adunan tepung autentik dari Jerman itu memberikan tekstur berbeza berbanding roti lain di pasaran.

Selain dibakar segar pada setiap pagi, roti tradisional Jerman itu juga tidak mengandungi gula, bahan pengawet dan perasa tambahan.

Ini sekali gus menjadikan roti dari negara tuan rumah Euro 2024 itu merupakan pilihan lebih sihat berbanding roti biasa di pasaran.

Bakeri dengan lebih 15 jenis roti merupakan taruhan Der Backmeister yang terletak di Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Antara roti yang ditawarkan adalah roti rai (roggenbrot), roti gandum (vollkornbrot), roti multi bijirin (mehrkornbrot), roti sourdough (sauerteigbrot) dan roti putih (weißbrot).

Menurut pemilik bersama bakeri, Oliver Rollar, bakeri yang dibuka sejak 2015 itu menggunakan bahan-bahan halal.

“Salah seorang rakan perniagaan saya, Chris Gruber adalah seorang Jerman Muslim. Jadi, kami memang pastikan setiap bahan memiliki sijil halal.

“Ini termasuk semua tepung yang diimport dari Jerman. Bagi ham dan salami, kami menggunakan produk lokal dengan logo halal tempatan,” katanya kepada Horizon.

Salmon sandwich ini kelihatan cukup menyelerakan.

Der Backmeister turut memiliki cawangan di Hospital KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Sekiranya pelanggan mahukan makanan yang boleh dikongsi bersama, mereka boleh memesan The big Backmeister.

Menu tersebut menawarkan sepinggan penuh dengan ham ayam, salami, meatloaf, keju, majerin, jem, telur mata kerbau serta roti bun.

Ia merupakan sarapan terkenal di Jerman, namun di Der Backmeister, pelanggan boleh memesannya sepanjang waktu operasi.

Bagi pelanggan yang mahukan cita rasa autentik makanan tradisional Jerman, mereka patut mencuba keunikan rasa Munich style brezel.

Roti dengan kerak rangup dan kenyal itu memiliki keharmonani rasa masin, lemak dan sedikit manis. Penggemar pemanis mulut ‘wajib’ mencuba pilihan klasik Jerman iaitu apple struddle yang padat dengan buah epal.

Jelas terasa gabungan rasa manis, masam, berempah (kayu manis) dan berlemak pada setiap gigitan juadah tersebut.

Untuk seleksi minuman, terdapat air berasaskan susu yang boleh diminum bersama caraibe dark chocolate atau milk chocolate.

Lebih menarik, pelanggan akan memasukkan coklat ke dalam susu panas segar dan mengacaunya sehingga sebati.

Selain itu, roti besar yang belum lagi dipotong turut dijual kepada pelanggan yang mahu membawa pulang roti tersebut.

Namun, roti itu perlu disimpan dengan rapi kerana tidak mengandungi bahan pengawet dan keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap.

Tambah Rollar, pelanggan boleh meminta pihak bakeri memotong roti yang dibeli bagi memudahkan pelanggan menjamahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI