fbpx

Perincian kenaikan gaji penjawat awam sebelum Bajet 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan anugerah kepada penerima pada Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan perincian berhubung kenaikan gaji penjawat awam menerusi Kajian semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini, penjawat awam sudah lama tidak diberikan kenaikan gaji.

“Kita lihat umpamanya sudah sekian lama tidak ada satu kenaikan yang bermakna, dalam keadaan kita bagi tekanan lebih kuat sekarang, kerja lebih kuat, pemantauan lebih kuat dan penguatkuasa termasuk SPRM lebih hebat, terjah ke kawasan-kawasan dan jabatan-jabatan.

“Jadi, kalau semua perkara itu dan kita harapkan mereka bekerja lebih kuat, sudah berbelas tahun tidak ada kajian dan ganjaran yang adil.

“Sebab itu saya semalam di Parlimen apabila ditegur, saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam.

“Insya-Allah saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Pada 1 Mei lalu, Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus dan merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI