fbpx

Isteri botakkan rambut kekasih gelap suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan si isteri memotong rambut wanita itu yang terbaring di lantai. - Instagram @oki_okut_info

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang wanita mencukur rambut perempuan lain sehingga botak, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Difahamkan, wanita itu berbuat demikian kerana berang selepas mengetahui suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan gadis berkenaan.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @oki_okut_info, si isteri dilihat menahan badan wanita yang terbaring di atas lantai. 

Mangsa menjerit sambil menangis ketika rambutnya dicukur.

Lebih mengeruhkan keadaan adalah apabila si isteri melontarkan kata-kata kesat terhadapnya. 

“Berani ya awak, suami orang awaki ganggu,” kata si isteri. 

Kejadian berlaku di Tulung Selapan dalam wilayah Sumatera Selatan. 

Sementara itu, mangsa  telah membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI