fbpx

Ibu tamatkan riwayat anak dijel 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Lauren Dickason, - Foto Pool/NZ Herald

WELLINGTON – Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhi hukuman penjara 18 tahun ke atas seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya pada 2021.

Lauren Dickason, akan memulakan hukumannya di sebuah hospital mental dalam tahanan negeri itu, kata seorang pegawai Mahkamah Tinggi Christchurch kepada AFP.

Dalam satu kenyataan kepada media tempatan selepas hukumannya dibacakan, Dickason berkata: “Saya bertanggungjawab melenyapkan (membunuh) tiga anak perempuan kami yang comel dari dunia ini.”

Dickason bagaimanapun terlepas daripada dijel seumur hidup yang merupakan hukuman biasa bagi pembunuhan di New Zealand.

Dickason didapati bersalah pada Ogos tahun lalu atas tiga tuduhan membunuh.

Dia didapati membunuh satu anak kembarnya yang berusia dua tahun iaitu Maya dan Karla, serta anak perempuan pertamanya Liane yang berumur enam tahun.

Pembunuhan itu berlaku pada September 2021 di rumah mereka di Timaru ketika suaminya keluar untuk makan malam bersama rakan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI