fbpx

Hubungan antara Ahli Parlimen Malaysia, Thailand perlu dieratkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima menerima kunjungan hormat Presiden Perhimpunan Kebangsaan Thailand yang juga Speaker Dewan Perwakilan Thailand, Wan Muhamad Noor Matha.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju perlunya usaha berterusan bagi mengeratkan lagi interaksi dan hubungan antara Ahli-Ahli Parlimen Malaysia dan Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut antara lain dapat membawa hubungan kedua-dua negara ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, perkara itu turut dipersetujui Presiden Perhimpunan Kebangsaan Thailand yang juga Speaker Dewan Perwakilan Thailand, Wan Muhamad Noor Martha semasa kunjungan hormatnya ini.

“Pastinya, pertemuan ini antara lain bagi membincangkan dan mengukuhkan lagi kerjasama antara dua negara berjiran dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

“Turut disentuh adalah usaha melicinkan lagi kerjasama terkait isu pendidikan, perkembangan komuniti Islam termasuk di Selatan Thailand,” katanya dalam satu hantaran di Facebook tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI