fbpx

Pesakit terima buah pinggang dalam keadaan sedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nicholas dibenarkan keluar dari hospital Northwestern Medicine pada keesokan hari selepas menjalani pembedahan. - Northwestern Medicine

CHICAGO, ILLINOIS – Seorang lelaki berusia 28 tahun selamat menjalani prosedur pemindahan buah pinggang dalam keadaan sedar di sebuah hospital di Illinois, Amerika Syarikat, lapor saluran berita NDTV kelmarin. 

John Nicholas merupakan pesakit pertama di dunia yang berada dalam keadaan sedar semasa pembedahan selama dua jam pada 24 Mei lalu. 

Menurutnya, dia tidak berasa sakit selepas diberikan sejenis ubat bius yang sama digunakan ketika pembedahan caesarean. 

“Ia adalah satu pengalaman yang sangat menarik untuk mengetahui apa yang berlaku dalam masa nyata dan menyedari apa yang mereka (doktor) lakukan,” kata Nicholas. 

Menurut pakar bedah, Satish Nadig, pesakit itu menerima ubat penenang dan suntikan bius tulang belakang.

“Bagi pembedahan Nicholas, kami memberikan kedua-dua suntikan untuk keselesaan. Ia sangat mudah dan lancar dan membolehkan pesakit terjaga ketika prosedur dilakukan,” kata Nadig. 

Nicholas dibenarkan keluar dari hospital Northwestern Medicine pada keesokan harinya, jauh lebih cepat daripada kebiasaannya iaitu sekitar dua hingga tiga hari. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI