fbpx

Amah bukan ‘punching bag’ – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akauntan dipenjara sembilan tahun di Mahkamah Sesyen Klang, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KLANG – Tindakan tidak perikemanusiaan seorang akauntan mengekploitasi dan mencederakan amah Indonesia berbalas apabila dipenjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, R. Vigneswary, 37, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh didenda RM12,000 dan diperintah membayar pampasan RM55,000 kepada mangsa yang juga wanita warga Indonesia berusia 55 tahun.

Berdasarkan empat pertuduhan, Vigneswary yang juga ibu kepada empat anak didakwa mendatangkan kecederaan kepada Rosmalina di bahagian pinggul peha, telinga, kepala dan leher.

Selain itu, tertuduh didakwa menggunakan benda hangat iaitu sudu besi panas di betis kaki kanan mangsa dan mengeksploitasi kerja paksa dengan menggunakan kekerasan.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Setia Alam, Shah Alam antara Februari 2021 hingga Mei tahun sama.

Peguam Tham Weng Kin mewakili tertuduh kemudiannya memohon penangguhan pelaksanaan hukuman berikutan anak guamnya yang mempunyai masalah kesihatan perlu mencari wang untuk membayar denda serta pampasan mangsa.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Edna Lau Chia Xin membantah kerana tertuduh masih boleh menerima rawatan ketika menjalani hukuman di penjara.

Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan itu dan memerintahkan tertuduh membayar kesemua denda hari ini dan pampasan dalam tempoh enam bulan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI