fbpx

Nilai ringgit atasi mata wang negara serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan nilai ringgit akan lebih kukuh pada suku akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Kata beliau, ketika ini nilai ringgit mengatasi mata wang negara serantau dan satu-satunya mata wang serantau mengukuh 1.4 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak 26 Februari 2024.

Menurut beliau, rupee India merosot 0.8 peratus, dolar Singapura (-0.8 peritus), renminbi China (-0.9 peritus), baht Thailand (-1.8 peritus), dolar Taiwan (-2.4 peritus)

Kata beliau, won Korea pula merosot 3.9 peratus), peso Filipina (-4.9 peratus), rupiah Indonesia (-5.1 peratus) dan yen Jepun (-5.3 peratus) berbanding dolar AS.

“BNM akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.

“Langkah ini termasuk operasi intervensi untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan.

“Di samping itu, BNM juga giat menjalankan sesi libat urus dan pemantauan penukaran hasil eksport kepada ringgit terhadap syarikat pengeksport.

“BNM akan meneruskan usaha untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dalam penyelesaian eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap mata wang dolar AS,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengapa akhir-akhir ini nilai Ringgit Malaysia semakin kukuh berbanding dolar AS.

Selain itu, Hui Ying berkata, Malaysia terus merekodkan kejayaan dalam menarik
pelaburan asing dengan pelaburan diluluskan melonjak pada suku pertama tahun ini.

Ujar beliau, perkembangan iti menunjukkan bahawa pelabur semakin yakin terhadap perkembangan ekonomi negara dan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan.

Kata beliau, aliran masuk dana dan pelaburan asing itu dijangka berterusan dan seterusnya menyokong pengukuhan nilai ringgit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI