fbpx

Pergi kedai lain jika tidak terima tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan perlu diberikan pilihan kaedah pembayaran sama ada secara tunai atau digital. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless only) yang dilaksanakan tanpa memberikan pilihan kepada pe­langgan untuk menggunakan tunai seolah-olah membunuh sesebuah perniagaan.

Biarpun pembayaran kaedah digital termasuk kod QR memudahkan dan selamat bagi golo­ngan peniaga, namun begitu tidak semua pelanggan mempunyai akses tersebut.

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, pemilik premis sepatutnya memberikan pilihan kepada pengguna atau pelanggan sama ada membuat bayaran secara tunai atau digital.

“Ini kerana kesannya akan berbalik kepada pengguna. Mereka tidak mempunyai pilihan untuk berbelanja, mereka perlu mencari premis lain yang menawarkan kaedah pembayaran secara tunai.

“Peniaga juga boleh berdepan risiko kemerosotan jualan apabila pengguna ‘angkat kaki’ beralih ke premis lain yang menerima wang kertas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ditanya mengenai tindakan peniaga yang menetapkan pembayaran tanpa tunai, Azlin memberitahu, langkah itu dilihat memudahkan dalam urusan pengen­dalian wang jualan.

“Peniaga yang tidak menerima tunai dapat mengelakkan risiko ketirisan wang jualan dan memudahkan mereka membuat pembayaran kepada pembekal.

“Namun bukan semua pelanggan terutama warga emas dan orang ramai mahir membuat bayaran secara cashless, gangguan telco dan sistem perbankan juga boleh menjejaskan transaksi.

“Ada pengguna yang kekura­ngan baki dalam akaun, tetapi ada tunai di tangan atau kad de­bit mereka ada had tertentu jadi agak sukar membuat bayaran secara digital,” katanya.

Tambah Azlin, tiada penyelesaian alternatif yang sesuai dilaksanakan kecuali pemilik perniagaan memberikan pilihan secara tunai dan tanpa tunai kepada pelanggannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI