PETALING JAYA – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung penahanan beberapa kakitangannya berhubung kes pembinaan.
Prolintas dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklum mengenai penahanan itu.
“Kami komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan.
“Prolintas terus komited dalam mengekalkan integriti dan tadbir urus korporat pada tahap tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.