fbpx

Polis tembak mati penunjuk perasaan ceroboh Parlimen Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan yang marah dan membantah kenaikan cukai di Nairobi semalam. - AFP

NAIROBI – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila polis melepaskan tembakan ke arah ratusan penunjuk perasaan yang menyerbu Parlimen Kenya di Nairobi, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Sebahagian daripada bangunan Parlimen turut dibakar oleh kumpulan itu yang menentang cadangan kenaikan cukai. 

Orang ramai yang marah dilaporkan melanggar barisan polis lalu menyerbu kawasan tersebut sebelum membakar sebahagian daripadanya. 

Presiden Kenya, William Ruto berkata pada semalam bahawa segala cara akan digunakan untuk ‘menggagalkan sebarang percubaan penjenayah berbahaya yang menjejaskan keselematan dan kestabilan negara’. 

Beliau turut mengerahkan tentera untuk mengawal protes itu. 

Bantahan terhadap penggubalan rang undang-undang (RUU) termasuk beberapa kenaikan cukai itu telah berterusan selama beberapa hari. 

Namun, kemarahan itu meningkat semalam apabila ahli Parlimen meluluskan RUU yang dipinda.

“Polis melepaskan tembakan yang meragut nyawa sekurang-kurangnya lima orang,” demikian menurut Persatuan Perubatan Kenya. 

Sementara itu, Ruto menegaskan bahawa pihaknya akan bertindak balas terhadap kekerasan yang disifatkan sebagai ‘keganasan dan anarki’. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI