fbpx

PHM beri nasihat, tapi lebih ramai terhibur tengok patung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster PHM yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini.

 

PETALING JAYA – Hantaran Public Health Malaysia (PHM) sekali lagi menimbulkan rasa lucu dalam kalangan pengguna media sosial hari ini apabila berkongsikan nasihat menggunakan patung yang memakai pakaian rasmi kontinjen negara.

Di dalam hantaran di Facebook, PHM memuat naik poster yang berkongsikan manfaat aktif dalam aktiviti fizikal.

Antaranya dapat mengurangkan berat badan, membaiki kualiti tidur, kuatkan imun tubuh, mencegah penyakit kronik dan baik untuk kesihatan jantung.

Selain itu, turut dinyatakan dalam poster berkenaan manfaat-manfaat aktiviti fizikal lain seperti mencergaskan otak, menguatkan tulang dan otot serta meningkatkan tenaga seseorang individu.

Ujar PHM, aktiviti fizikal bukan sahaja baik untuk tubuh badan, tetapi juga untuk minda dan emosi seseorang.

“Jom kita semua mengambil langkah kecil ke arah kehidupan yang lebih sihat dengan melakukan senaman setiap hari.

“Mulakan dengan aktiviti mudah seperti berjalan kaki di taman, berbasikal, atau melakukan senaman ringan di rumah. Setiap langkah kecil membawa perubahan besar!,” tulisnya.

Namun yang mencuri perhatian warga maya adalah poster tersebut menggunakan gambar patung memakai pakaian rasmi kontinjen negara sempena sambutan Hari Olimpik.

Patung tersebut menjadi bualan orang ramai dan menerima kecaman hebat setelah diperkenalkan dalam satu majlis di sebuah pusat beli-belah di ibu negara baru-baru ini.

Ramai daripada kalangan peminat sukan tanah air berpandangan, bukan sahaja rekaan baju yang agak sedikit keterbelakang, malah menggunakan patung sebagai gimik pelancaran juga dianggap sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

“Tak selera betul tengok rekaan itu. Model pun, patung pula tu pakai. Letak lah model gambar menteri sukan ke pakai baru ada aura sikit,” komen Nor.

“Min, mesej dah ‘cun’ dah. Tapi nampak patung baju macam dekat kedai jual baju, terbayang-bqyang pula situasi hari mereka perkenalkan baju ni yang keluar dalam berita kelmarin,” komen Ashikin.

“Dah ok dah manfaat aktiviti fizikal. Tapi bila tengok dua patung ni, mental saya pula yang terganggu,” komen Hadrey Ali pula.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi ciapan di X menjelaskan pakaian rasmi terbaharu kontinjen negara yang dilancarkan pada Ahad adalah di luar bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke temasya pelbagai sukan adalah di bawah tanggungjawab MOM. Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan MOM dan ia di luar bidang kuasa KBS dan MSN,” katanya.

Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI