fbpx

Buru emas lagi penting dari fikir soal rekaan baju -Hamidin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd. Amin pada Sesi perjumpaan bersama Atlet badminton wanita negara, Goh Jin Wei, di Buble Sport Center Cheras, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR  – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kekal dengan pendirian dan tidak akan menukar rekaan pakaian baharu kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024 sebaliknya memberi tumpuan kepada pemburuan pingat emas ketika temasya empat tahun sekali itu bakal membuka tirai secara rasmi pada Julai ini nanti.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, rekaan pakaian baharu yang bernadikan warna emas dan hitam berbanding warna oren sebelum ini bertujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara pada temasya sukan berprestij dunia tersebut.

Tegas Hamidin, rekaan pakaian tersebut juga tiada masalah kerana masih mengekalkan identiti Harimau seperti sebelum ini selain logo yang terpampang juga adalah milik MOM bukan Jalur Gemilang seperti yang didakwa malahan jaguh badminton No. 1 negara, Lee Zii Jia turut menyukai pakaian tersebut.

Pelancaran pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Paris.

Justeru, Hamidin berharap, dalam tempoh baki 30 hari menanti Sukan Olimpik Paris, dia menuntut ke semua rakyat Malaysia memberi dukungan kepada atlet Malaysia yang berjuang di temasya terbesar dunia itu.

“Lembaga eksekutif MOM telah meluluskan reka bentuk akhir ini sebelum dipamerkan kepada umum. Saya tidak nampak ia terlalu teruk sangatlah dengan baju ini semua, jadi kita kena bersyukur tetapi kami mengambil maklum kritikan orang ramai.

“Saya juga telah hubungi (Presiden MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria malam tadi untuk melontarkan idea kepadanya dan pada dasarnya beliau bersetuju untuk Olimpik seterusnya, kita akan buka kepada peminat untuk membuat rekaan pakai buat Kontinjen Malaysia. Selepas itu, kita akan pilih dan mungkin akan beri sagu hati kepada para pemenang.

“Mengenai rekaan baju ini juga, kita semua telah bersetuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) menunjukkan warna emas kerana warna oren yang digunakan atlet sudah lama sejak 2004 lagi, jadi ramai atlet sebelum ini meminta MOM untuk tukar warna lain.

“Misi kita adalah untuk memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik. Jadi, MOM sepakat dengan Yonex mengunakan tema warna emas kerana kita membawa misi untuk memburu pingat emas.

“Saya harap pihak media dan juga netizen memberi sokongan dan bukan terus mempertikaikan warna ini semua. Kalau warna ini cantik pun tak dapat emas atau pingat pun tak guna,” katanya.

Zii Jia turut mengenakan pakaian rasmi.

Dalam pada itu, beliau mengakui kesilapan menggunakan patung mannequin bagi memperagakan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang dilihat kurang menarik.

“Saya akui kemungkinan pakaian yang dipakaikan di patung mannequin menyebabkan ia tidak menarik untuk dipersembahkan pada umum. Soal untuk menukar rekaan baharu, saya rasa tidak perlu kerana kita tiada masa yang mencukupi malah baju ini juga tidaklah terlalu teruk,” katanya.

Baru-baru ini, rata-rata peminat sukan tanah air di media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap rekaan itu yang didakwa sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI