PETALING JAYA – Kenyataan seorang gadis Russia yang tidak kisah mengahwini lelaki yang mempunyai pendapatan AS$500 atau RM2,300 mengundang perhatian orang ramai.
Menerusi perkongsian video TikTok oleh @spstreetstory, wanita yang menganut agama Kristian itu didekati pempengaruh yang memintanya menyarungkan hijab lalu ditanya tentang pendapatan yang perlu dimiliki seseorang lelaki untuk mengahwininya.
“Saya tidak peduli tentang gaji seorang lelaki, namun jumlah tersebut mestilah mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan kos sara hidup dalam lingkungan AS$500 (RM2,347),” katanya.
Menurut gadis itu, segala urusan untuk perkahwinannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak.
“Mengikut tradisi Russia, seorang pemuda perlu menghulurkan duit kepada bakal ibu mertua, tidak kira berapa jumlahnya bergantung kepada keperluan bagi membayar kos perkahwinan sekitar AS$200 (RM942).
“Biasanya, kos untuk majlis perkahwinan dibayar oleh pihak lelaki. Rakan saya akan berkahwin pada Ogos ini dan tunangnya membayar keseluruhan untuk majlis bersanding,” ujar wanita tersebut.
Gadis itu berkata, majlis perkahwinan di Russia dibuat secara kecil-kecilan dengan dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat.
“Perbelanjaan yang disediakan oleh tunang rakan saya hanya AS$700 (RM3,298). Bagaimanapun, perbelanjaan itu bukan dihabiskan untuk majlis perkahwinan semata-mata tetapi digunakan untuk bulan madu mereka,” katanya.
Rata-rata pengguna media sosial yang terdiri daripada rakyat Malaysia memberikan pelbagai reaksi tentang kenyataan tersebut.
“Kita bukan tak kaya, cuma salah negara sahaja, sangat berbeza dari segi cara pemikiran dan percakapan dia,” komen @bckupacc99.
“Nak cari juga jodoh dari Russia tapi lepas kahwin lagi banyak pakai duit sebab perlu balik kampung di Malaysia. Senang cerita gaji mesti RM10,000 lah,” komen @lang29. – KOSMO! ONLINE
@spstreetstoryHow much money does a man need to marry a Russian woman?..♬ original sound – SP STREET STORY