fbpx

Selangor FC didenda RM100,000, bayar pampasan kepada JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Selangor FC turut diarahkan beraksi tanpa kehadiran penonton ketika bertemu JDT di Stadium MBPJ nanti. - Foto ihsan Selangor FC

PETALING JAYA – Keputusan Selangor FC untuk ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih membawa padah apabila diberkan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000 oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Menerusi kenyataan yang telah dikeluarkan pengelola Liga Malaysia itu, Lembaga Pengarah MFL menetapkan denda RM100,000 yang mana wang berkenaan bakal disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

MFL dalam satu kenyataan berkata, tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025.

“MFL akan mengumpul maklumat serta kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.

“Perlawanan Liga Super (LS14) membabitkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut dimainkan tanpa penonton.

“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, pengurusan Gergasi Merah mengumumkan ‘tidak hadir’ untuk aksi Piala Sumbangsih menentang JDT pada 10 Mei atas faktor keselamatan selepas permohonan mereka untuk menunda perlawanan tersebut ditolak MFL.

Keputusan itu dibuat selepas pemain sensasi pasukan, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lepas selain beberapa pegawai pasukan didakwa telah menerima ancaman jenayah.

Susulan itu, MFL mengumumkan pembatalan aksi Piala Sumbangsih sekali gus menyaksikan JDT diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 selain mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI