fbpx

Malaysia serius tangani jenayah pemerdagangan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

PUTRAJAYA- Malaysia akan terus mengambil tindakan serius dalam menangani jenayah pemerdagangan manusia selain memastikan pelaksanaan penuh Pelan Tindakan Nasional Anti Pemerdagangan Orang (2021-2025) (NAPTIP 3.0).

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan berkata, pada masa sama, Malaysia turut menyeru rakan-rakan antarabangsa untuk bekerjasama dalam menangani cabaran bersama berhubung isu tersebut.

“Saya mengalu-alukan peningkatan kedudukan Malaysia ke Tier 2 dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) Amerika Syarikat 2024.

“Ini adalah pengiktirafan terhadap kemajuan yang telah dicapai Kerajaan Malaysia dalam memerangi jenayah itu termasuklah peningkatan jumlah siasatan, pendakwaan dan sabitan terhadap pemerdagangan orang.

“Ia termasuk peningkatan bilangan pakar pendakwa raya pemerdagangan orang, peruntukan bagi perlindungan mangsa dan penambahbaikan program kesedaran awam,” katanya hari ini.

Jelasnya, Malaysia juga menyeru negara-negara asal untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam mencegah rakyat mereka daripada menjadi mangsa pemerdagangan.

“Selain, negara-negara asal juga perlu mendakwa dan menghukum penjenayah yang terlibat di negara asal,” katanya.

Terdahulu, Malaysia berjaya dinaiktaraf ke Tahap 2 (Tier 2) dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang tahun 2024 yang diumumkan semalam di Washington DC.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, peningkatan itu adalah amat strategik dan signifikan kerana Malaysia sebelum ini dinilai pada Tahap 2 Pemerhatian (Tier 2 Watchlist) pada tahun 2023.

Katanya, kali terakhir Malaysia berada di Tahap 2 adalah pada tahun 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI