fbpx

Peniaga patuh harga siling telur ayam – KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

PUTRAJAYA- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan pemantauan ke atas 1,828 premis borong dan runcit sejak penurunan harga telur ayam tujuh hari lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, susulan pemantauan itu, pihaknya mendapati tiada peniaga yang menjual telur melebihi harga ditetapkan di pasaran.

“Bagaimanapun, KPDN telah mengambil tindakan ke atas enam peniaga yang gagal meletakkan tanda harga merah jambu dan dua kes kerana tidak meletakkan tanda harga.

“Seramai 2,200 anggota penguat kuasa KPDN di seluruh negara telah digerakkan ke lokasi tumpuan orang ramai membeli belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk memastikan peniaga menjual telur ayam pada harga siling baharu yang ditetapkan kerajaan,” katanya hari ini.

Bermula 17 Jun lalu, kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras dengan penurunan kos input dalam industri tersebut.

Penurunan harga itu melibatkan keseluruhan rantaian telur iaitu pengeluar, borong dan runcit.

Harga semasa runcit yang terkini bagi telur ayam untuk semenanjung Malaysia sebanyak RM0.42 (Gred A), manakala RM0.40 (Gred B) dan RM0.38 (Gred C).

Bagi harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Labuan diselaraskan mengikut bahagian dan zon yang diwartakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI