fbpx

Qatar Airways syarikat penerbangan terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bertarikh 3 Oktober 2021 menunjukkan pesawat Boeing 777 Qatar Airways berlepas di lapangan terbang di Kabul, Afghanistan. - AFP

LONDON – Qatar Airways dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia untuk kali kelapan bagi Anugerah Skytrax yang diumumkan semalam, lapor saluran berita CNN.

“Ini adalah pencapaian luar biasa bagi Qatar Airways untuk memenangi gelaran Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia tahun 2024 untuk kali kelapan.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Qatar Airways atas kejayaan ini yang sepatutnya menjadi sumber kebanggaan dan kepuasan bagi pengurusan serta kakitangan syarikat penerbangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax, Edward Plaisted dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan dari Asia Barat itu telah membina reputasi yang kukuh sejak sedekad lalu.

Ia turut membantu Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad mengukuhkan kedudukannya sebagai hab penerbangan global bagi mencabar pesaing serantau seperti Dubai dan Abu Dhabi.

Sembilan syarikat penerbangan lain yang berada pada kedudukan 10 paling utama adalah Singapore Airlines di tempat kedua, Emirates, ANA All Nippon Airways, Cathay Pacific, Japan Airlines, Turkish Airlines, EVA Air, Air France dan Swiss International Airlines.

Sementara itu, beberapa kategori lain turut diumumkan dalam senarai terbaharu Skytrax.

AirAsia dari Malaysia sekali lagi dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik di Dunia untuk tahun ini sekali gus mengulangi pencapaian yang diperolehnya pada setiap tahun sejak 2010.

Syarikat penerbangan Scoot dari Singapura membolot kategori Syarikat Penerbangan Tambah Murah Jarak Jauh Terbaik di Dunia. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI