hanisa
Menggunakan nama Skyler, anak tunggal Rossa dan Yoyo Padi berusia 17 tahun itu melancarkan komik pertamanya yang berjudul Elektrichka.
Perasaan bangga sebagai ibu bapa tidak dapat disembunyikan mereka bahkan Yoyo turut dilihat menyerbu ke meja utama pada sesi menandatangani pelancaran komik anaknya.
Menurut pemuzik terbabit, Rizky selalu memberi alasan komiknya masih dalam proses pembikinan sehingga dia terkejut dimaklumkan naskhah berkenaan sudah sedia untuk dilancarkan.
“Ini hari yang indah, karya pertama Skyler dapat diterbitkan, selamat ye. Gembira sangat. Saya tak sangka dia punya bakat menulis,” katanya.
Rossa pula sempat mengusik bekas suaminya dengan meminta jangan menangis di depan orang ramai.