fbpx

Tekan pautan iklan Facebook, wang RM904,000 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang jurujual lelaki mengalami kerugian berjumlah RM904,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berusia 51 tahun itu diperdaya untuk menyertai pelaburan tersebut selepas melihat iklan di media sosial April lalu.

Katanya, mangsa yang menekan pautan iklan itu kemudian dihubungkan kepada aplikasi WhatsApp dan berurusan dengan seorang wanita.

“Pada 1 hingga 12 Mei lalu, mangsa memasukkan wang RM904,000 ke dalam dua akaun syarikat. Mangsa hanya menyedari ditipu selepas tidak mendapat pulangan keuntungan yang dijanjikan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai diingatkan supaya membuat semakan termasuk Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI