fbpx

Siap berjubah, berkopiah ketika pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan lelaki berjubah serta berkopiah ketika pecah masuk rumah 24 Mei lalu.

AMPANG – Empat individu warga asing termasuk seorang wanita diberkas polis selepas disyaki memecah masuk dan melarikan barangan dari sebuah rumah sekitar Kampung Ampang Indah, di sini, 24 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu lelaki tempatan yang bekerja sebagai pengurus, membuat laporan berhubung kejadian setelah kakaknya meminta melihat rumah kira-kira pukul 3.10 pagi.

“Pengadu pergi ke rumah tersebut dan mendapati ruang tamu dan bilik dalam keadaan berselerak serta mengesan beberapa barang telah hilang.

“Rumah berkenaan dipecah masuk melalui tingkap bilik belakang dan gerigi besi telah dipecah serta dicabut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat diterima, pihaknya berjaya menahan empat individu warga asing termasuk seorang wanita berusia 23 hingga 35 tahun sekitar Kampung Tasek Permai, di sini, pada Ahad lalu.

“Kita membuat rampasan dua telefon bimbit, satu komputer riba, satu tablet, empat utas jam tangan, satu tali jam tangan dan beberapa pakaian bagi membantu siasatan.

“Modus operandi suspek menyasarkan perumahan teres tidak berpenghuni ketika melakukan pecah rumah,” jelasnya.

Sehubungan itu, kesemua suspek dapati positif dadah jenis metamfetamin dan amfetamin manakala suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah narkotik.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Ahad depan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan pecah rumah,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI