fbpx

Zarco sedia buru kemenangan bersama jentera GP21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARCO bertekad untuk memburu kemenangan bersama Pramac musim baharu nanti selepas yakin sudah memahami karakter jentera Ducati. – AFP

LONDON – Pelumba Perancis, Johann Zarco mengakui musim lalu adalah tempoh untuk dia mengutip pengalaman memahami karakter liar jentera Ducati dan bertekad untuk memburu kemenangan pertama bersama jentera buatan Itali tersebut pada musim depan.

Tahun pertama mengemudi jentera Ducati, Zarco menerima pujian selepas dilihat tiada masalah untuk mengemudi jentera tersebut selepas melakukan kejutan menaiki podium tempat ketiga Grand Prix (GP) Republik Czech.

Kecemerlangan itu memboleh­kan pelumba berusia 30 tahun tersebut menyertai pasukan Pramac Racing pada musim depan dan akan menggunakan jentera Desmosedici GP21 dengan bantuan pengeluar Ducati secara penuh.

“Musim 2020 adalah tahun menarik buat saya untuk memahami karakter jentera Ducati. Meskipun pada mulanya dilihat sukar tetapi saya mula dapat membiasakan diri dengan jentera ini.

“Apapun saya sangat teruja untuk memulakan saingan 2021 selepas mendapat kepercayaan penuh Ducati untuk menunggang jentera GP21. Sudah pasti sangat berbeza dan saya harap mampu memberi saingan semula,” kata Zarco.

Zarco menyertai kelas utama MotoGP pada 2017 selepas dua gelaran berturut-turut dalam saingan Moto2. Selepas menyertai KTM pada 2018, prestasinya menurun sebelum meninggalkan pasukan Austria tersebut pada September tahun lalu.

“Saya tidak mahu fikir me­ngenai musim lalu dan saya mahu ambil sebagai pengajaran terbaik. 2021 saya ada misi tersendiri dan bertekad untuk memburu sebanyak podium yang boleh,” tegas Zarco. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI