fbpx

Suami curang tular pukul isteri didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah hotel.

PORT DICKSON – Seorang lelaki yang ditahan 20 Jun lepas kerana memukul isterinya dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini bulan lalu didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 37 tahun itu akan dibawa ke mahkamah di sini untuk pertuduhan dibawah Seksyen 352A Kanun Keseksaan kerana kesalahan menggunakan kekerasan jenayah oleh pasangan.

“Bagi seksyen ini memperuntukkan hukuman dengan pemenjaraan boleh sampai sehingga enam bulan, atau dengan sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, lelaki tular membelasah isterinya selepas kantoi curang dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini Mei lalu direman selama empat hari, Jumaat lalu.

Suspek yang bekerja sebagai juruteknik ditangkap di Mahkamah Syariah Bangi dan videonya telah tular 19 Jun lalu menyaksikan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah hotel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI